Monday 7 April 2014

Kerna mencintaimu. Akanku ikut sunnah nubuwahmu

BISMILLAH...

SAYANG NABI PERLU BELAJAR DAN MENGENALI NABI SAW


tiada siapa menafikan yang kita sayang pada nabi. pakcik makcik yg duduk-duduk minum kopi di kampung bila mendengar orang menghina nabi mereka akan bermati-matian mempertahankan. sayang mereka kepada nabi. selain kita mempertahankan nabi saw apakah tanda lain yg menunjukkan kita sayang kpd nabi saw. atau cukupkah hanya sekadar mempertahankan nabi saw??


contoh sayang yg sgt significant dan mudah utk kita faham. antara 2 "Abu" yg Sgt baik utk kita ambil contoh yaitu Abu Bakar dan Abu Talib. sila lihat pada interpitasi pada gambar dibawah. ringkasnya kalau kita sayang kita akan ikut nabi saw, bukan? begitulah tanda sayang yang menjamin ke syurga spt khalifah agung kita telah tunjukkan yakni Abu Bakar As-Sidiq radiallahu anhuma.



sejarah telah membuktikan kepada kita dan mengajarkan kepada kita manakah cinta dan sayang yang sebenar. Pilihan di tangan kita


kita takdpt peluang berjumpa nabi saw, mana kita nak tahu ibdah yg kita lakukan ini adakah bertepatan spt nabi ajarkan atau tidak. nabi dah wafat 1400tahun yg lalu namun. sume maklum.

namun setiap pesanannya tunjuk ajarnya alhamdulillah semua telah dirakam dibukukan didalam hadith, intai-intailah sikit kitab-kitab hadis kalau benar kita sayang padanya.

PERLUKAN SEDIKIT PENGORBANAN WANG


duit MARA,JPA kita simpan2 la sikit. kumpul sebulan 10ribu Won (rm 30) pun alhamdulillah. beli kitab hadith spt shahih buhari dan shahih muslim yg disahkan kesahihan hadith didalamnya oleh kebanyakan Para Ulama Hadith silam mahupun yg terkemudian. sememangnya kitab-kitab ini agak mahal, kerna ia mempunyai 10-15 jilid lebih kurang, harga di sekitar 100ribu- 300ribu Won (rm 700-900).hmm.. inilah pengorbanan kita sahabat-sahabat. kadang-kadang duit elaun kita habis di kedai DSLR, di kedai Handphone dsbnya. sggup kita berlapar utk tunggu lagi 3bulan utk masuk balik elaun. begitu tinggi pengorbanan kita pada benda yg kita sayang itu kan, begitu jugalah dalam nak beli kitab-kitab hadith ini bahkan perlu lebih daripada itu. kita nak kenal nabi kita, dan kita nak syafaat beliau esok di akhirat di telaga kausar. takkan sikit benar pengorbanan kita. sedang kita nak meraih syurga yang mahal. kita perlu bayar dngan harga yg mahal juga. pengorbanan harta,tenaga,masa yg setimpal!  





BAGAIMANA NAK MEMAHAMI KITAB TANPA GURU (BERTALAQI)


kalau takfaham huraian sesuatu hadith, seeloknya perlu bertalaqi kerna langsung boleh bertanya kalau ada permasalahan. sekiranya tidak, beli lah yg telah disyarahkan/dihuraikan oleh Ulama spt kitab fathul bari huraian kepada shahih bukhari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm, kitab syarah shahih muslim huraian kpd shahih muslim oleh Imam Nawawi rhm. alhamdulillah setiap permasalahan dalam memahami hadith mereka telah huraikan. methodologi dalam menulis kitab sgt mudah utk difahami. setiap bab akan dikumpulkan semua hadis yg berkaitan dan setiap perkataan arab yg sukar utk kita fahami maknanya telah diberi terjemahan yg mudah utk difahami. justeru, apalagi yg menghalang kita utk mengenal sunnah nubuwah (hadith) saw..??



kitab fathul bari karya Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm (wafat 852H)

Syarah Shahih Muslim karya Al-Imam Nawawi rhm (wafat 676H)


KENAPA KITAB HADITH KENAPA TAK YANG LAIN


hadith merupakan sumber kedua didalam islam, bahkan kita katakan tak mampu kita fahami quran tanpa huraian hadith. salah satu contoh yg common utk kita mudah faham spt tatacara bersolat, tatacara menunaikan haji. di dalam quran ia hanya diceritakan secara general sahaja. tuan-puan boleh semak sendiri. sebab itu kita tertanya-tanya kpd gerakan anti-hadith bagaimana mereka bersolat sedangkan mereka menolak hadith? bagaimana mereka tahu selepas rukuk perlu sujud dsbnya.


selain itu, kenapa kita memilih kitab hadith kerana apabila kita belajar hadith kita akan berjumpa dgn asal-usul kepada permasalahan fiqh (fekah) itu sendiri. kita didedahkan dari satu-satu hadith ini bagaimana para Ulama mengistinbat (mengeluarkan) sesuatu hukum. sya rasa kita sepakat berkenaan hal ini, sesuatu hukum sekiranya ada hadith yg jelas mengenainya tidak boleh Para Ulama membuat hukum selainnya kerna tugas para ulama itu hanya mewarisi ilmu daripada nabi saw bukan membuat sesuatu hukum yg baru.kita bukan minta utk berselisih dgn msyarakat, namum setelah kita belajar dari kitab hadith yakni sumber asal sesuatu hukum kita lihat banyak perkara yg dilakukan masyarakat seakan-akan kurang menepati sunnah nubuwah. demi Allah kita tak inginkan perkara ini berlaku. namun di sebabkan kita sayang kepada nabi, kita nak ikut baginda kita sanggup berbeza dgn org lain sebab kita yakin apa yg kita amalkan sama macam nabi saw spt didalam hadith.


MEMAHAMI QURAN DAN HADITH BERDASARKAN KEFAHAMAN SALAFUSOLEH (GENERASI TERAWAL, 300H YG PERTAMA)


permasalahan yg berlaku kini, terlampau banyak penafsiran didalam hal agama. dan setiap mereka mengaku mengikut quran dan hadis nabi saw. bahkan golongan syiah, sufi, tareqat dan firqah-firqah sesat yg lain pun mengaku mengikuti quran dan sunnah. justeru kita perlu mengenal apa yg dinamakan "MANHAJ". kita sebagai ahli sunnah mengakui di akhir zaman kita akan berpecah kepada 73 golongan hanya satu sahaja yg selamat. siapa golongan itu??


beliaulah jalan generasi para sahabat r.anhum atau lebih spesifik kita katakan jalan para salafusoleh. generasi ini spt mana telah dinyatakan didalam quran ke-authentikan mereka ini. Allah telah reda pada mereka juga telah reda pada Allah. sila rujuk terjemahan anda, Allah berfirman di dalam al-quran spt berikut:- 

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "muhajirin" dan "ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. [At-taubah 100]
Bahkan didalam hadis juga dinyatakan berpegang kpd jalan para sahabat r.anhum, sabda baginda saw:-
Sesungguhnya sesiapa yang hidup dikalangan kamu, maka dia akan melihat percanggahan yang banyak. Oleh itu hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah berpetunjuk yang di beri hidayah selepasku,gigitlah ia dengan gigi geraham. Hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diadakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan adalah bidaah. 
[HR: Ahmad (4/127-128), Abu Daud (4607), At-tirmidzi (2676)] 
sabda nabi saw lagi:- 
Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku (zaman nabi dan para sahabat), kemudian pada kurun yang mengikutinya (zaman tabi'in), kemudian pada kurun yang mengikutinya (at'ba-tabi'in). 
[HR: Ahmad, Bukhari, Muslim. "Hadis Shahih" Lihat Sahih Bukhari (3650)
mudah cerita. kita katakan pemahaman/penafsiran dalam agama, quran mahupun hadith pemahaman salafusoleh sja yg kita yakin kerna apa?? ia telah dijelaskan oleh quran dan hadith. adapun selain daripadanya tiada jaminan dari Allah SWT. maka kita katakan berselisihan kita dalam agama, kembalilah kita balik merujuk kepada quran dan hadith berdasarkan kefahaman salafusoleh. inilah dinamakan manhaj. sekiranya metoda ini dapat diterapkan didalam masyarakat kekeliruan dalam beragama dapat dielakkan disebabkan banyaknya tafsiran kpd agama yg tersasar . InsyaAllah.  

akhir kata, saya memohon kalau ada penafsiran dan ralat padanya diminta utk dijawab semula dengan catitan ilmiah atau diperbetulkan melalui komentar dibawah samada diketika hidup dan selepas matinya saya.

Waallahu a'lam

mohd fauzi mahmud
fb:fawzeemahmud
__________________________________________________________________________________________

Bibliogafi:-

Al-Quran Al-Karim
  ^^surah at-taubah ayat 100
Al-hadith 
  ^^shahih bukhari, shahih muslim, kutub sitta.
Syarhus Sunnah
  ^^Al-Imam Barbahariy, tahqiq Abdurrahman Ahmad Al-jumaizi. Pustaka Imam Ad-Dzahabi
Manhaj Talaqi Wal-Isti'dal
  ^^Ahmad Bin Abd Ar-Rahman As-Suwayyan  








No comments:

Post a Comment

Komentar

Past Stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...