Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat
lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau
susahkan. Disini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama
saya Mohd Fauzi Bin Mahmud. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Mac 1990. Anak
bongsu daripada 4 beradik. Menetap di Klang, Selangor pada masa kini. Mendapat
pengajian awal di Sekolah Kebagsaan Puchong Perdana. Ditawarkan ke Sekolah Menengah
Teknik Setapak untuk menengah atas dan menamatkan SPM dengan memperolehi
keputusan yang tidak berapa baik. Menyambung pengajian pada tahap sijil di IKM
Sik, Kedah. Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap sijil dengan memperolehi
Anugerah Dekan.
Walaupun sedikit lambat untuk mendapat peluang
memasuki universiti, dengan izin Allah di tawarkan juga menyambung pelajaran di
Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute pada peringkat diploma.
Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Pihak Mara kerana mengambil kami
pelajar-pelajar yang tercicir ini juga memberi peluang untuk menyambung
pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Berjaya menamatkan pengajian pada
tahap diploma dengan grade CGPA 3 pointer. Sekali lagi dengan kerjasama antara
UniKL BMI dan Semyung Universiti melalui program ACE Global Partial
Schorlarship saya dan seorang lagi sahabat terpilih untuk membuat ijazah pertama
disana dalam ‘Engineering Electronics’.
Sebelum ini saya pernah menulis karangan
seperti ini pada zaman diploma dahulu, kerana ini merupakan salah satu syarat
untuk memohon pinjaman MARA. Seingat saya, di karangan itu saya nyatakan hasrat
untuk menyambut pengajian pada peringkat sarjana di luar negara dan hari ini
ianya telah menjadi kenyataan. Disaat ramai lagi pelajar-pelajar yang pandai
diluar sana tapi saya antaranya yang dipilih. Ini merupakan satu rahmat dari
Allah dan saya amat tersentuh ketika ini dek kerana memikirkan kenapa Allah
pilih saya? saya selalu bermolog sendiri siapalah diri aku ini, terlalu lemah
dan hina disisi DIA. Ramai lagi yang lebih berilmu di luar sana. Benda ini
selalu bermain diminda saya. Di kesempatan peluang ini datang mungkin ada
hikmah untuk agama,negara,bangsa hatta kepada MARA umpamanya, saya terus
bersetuju dengan tawaran untuk ke sana. Saya selalu menasihatkan diri agar
menjadikan ilmu ini sebagai satu ibadah bukan ia digunakan di atas kertas
peperiksaan semata-mata selepas daripada itu hilang, lupa dan seumpamanya.
Sekiranya itulah yang berlaku ia bukan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat. Justeru
itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya
.
Mengenai perihal kerjaya berkemungkinan saya
akan cuba mengakses peluang untuk bekerja di luar negara. Di kesempatan latihan
industri yang di jalankan selalunya pada semester akhir, saya akan cuba untuk memberikan
prestasi yang terbaik untuk mereka nilai justeru menawarkan saya bekerja di
syarikat mereka, Samsung umpamanya. Itu perancangan awal, mungkin ia akan
berubah mengikut kondisi keadaan saya ketika itu. Mudah-mudahan saya di
kurniakan kesihatan dan kekuatan juga untuk menyampaikan dan menerangkan Islam
di negara majoriti non-muslim ini. Pena terhenti seketika disini sekiranya
mendapat peluang untuk membuat karangan ini saya akan berkongsi lagi. Mohon
maaf kepada mereka si pembaca sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati
sanubari,Sekian.
Terima
kasih.
(MOHD FAUZIMAHMUD)
salam... bley tnye... karangan nie cukop 300 p/p tak...
ReplyDeletelebih ni.. check dkt http://www.wordcountertool.com/ mintak 300 pp je..
ReplyDeletebabelyliss pro titanium flat iron - Tioga Arts
ReplyDelete› babelyliss-pro-titanium-et › babelyliss-pro-titanium-et This piece is a perfect garmin fenix 6x pro solar titanium finishing titanium white wheels tool and a reliable replacement for the original kabylon titanium flash mica model. The material used for the razor is solid surgical steel vs titanium and smooth with Materials: titanium helix earrings ABS, Ceramic Blades, Grams, Size: 2.75" H x 2.25" W x 1.75" W