Wednesday, 20 July 2022

RAMADANKU DAN TEMASEK

Kelana daku di Temasek,
Jauh dari isteri dan keluarga,
Pada Ramadan yang menuntut erti sabar dan tabah
Radangnya menikam ke jiwa,
Hiba, sunyi, bercampur rasa tiada galang ganti,
Kerna tiada mereka di sisi.


Tapi apakan daya,
berpergian daku untuk suapan keluarga,
kepagian hingga ke sore hari, sore hari hingga kepagi mencicip rezeki,
Selagi tulang masih di empat kerat,
Selumbar Onak dan duri hingga terlupa pedih rasanya,
Kepada Allah daku serahkan jiwa ini,
Semoga penat jerih diganti dengan bekalan di hari Timbangan.
Dia mengerti apa yang terbaik buat diri.


Temasek ini tumpahan air mata dari tanah airku,
Tunjangnya sosialis
Diasaskan oleh Bapak Lee Kuan Yew,
Disebabkan pergeseran dwi-kaum,
Tekanan demi tekanan dibarbar,
Tuntutan, argumentasi, bantahan di laung,
Maka tanggal 9 Agustus 65 Temasek mengundur diri,
Hilang lah satu Archipelago Nusantara,
Terbentuklah ia Republik Singapura kini.


Temasek itu Geo-lokasinya di laluan sangat unggul,
Badai menghempas di tepis Kepulauan Sumatera,
Gempa raksa menghambat di cerap Kepulauan Jawa,
Di kanannya lanun-lanun Sulu Borneo mengintai,
Terjepit oleh Kerajaan Srivijaya,
Bunga Emas dihantar kpd Majapahit dahulu kala,
Itu lah lakaran tinta temasek padaku,
Biar lipatan sejarah ini kekal buat saujana.

 

          FAUZI MAHMUD, APRIL 2022,
            TUAS, REPUBLIK SINGAPURA.

Figura 1: Gambar Project dimana Penulis sedang berkelana.

Saturday, 9 July 2016

Cerita Budak Malaysia Internship & Beraya di Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia

Masa memula nak buat keputusan untuk ke Surabaya, Indonesia ini, antara perkara pertama yang aku tanya diri.. hmm jiwa cukup kental ke beraya di Perantauan tanpa keluarga bersama.?! Yela bukan apa, duration program yang aku pergi ini adalah waktu puasa dan raya yang mana aku tak boleh balik ke Malaysia, tu yang fikir 10X tu..

Figura 1 : Gambar hiasan


fikir punya fikir aku nekad jugak, kerana aku fikir peluang itu tidak akan datang kali kedua. So aku pergi. ya aku pergi walaupun homesick-homesick masa raya pertama.. lama-lama okela kot.
bak kata perumpamaan "ALAH BISA TEGAL BIASA"
Mesti jugak ada yang tertanya aku buat apa dekat Surabaya, Indonesia ini? ha oke, korang tak payah nak stalk ke apa ke, biar ABAM cerita skek. Oke aku sedang menjalankan Latihan Industri selama 3 Bulan di INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER di bawah Department Teknik Jurusan Electro specific kepada major area yaitu POWER SYSTEM SIMULATION LAB di bawah seliaan Prof. Ir Ontoseno Penangsang.

Baik, mesti juga tertanya-tanya Internship di Universitas itu apa benda yang kau buat?! Kalau bagi pelajar Engineering, sebenarnya kalau kata Internship nie tak mesti kita masuk kilang, masuk consultant farm, kontraktor, GLC dsbnya. kita boleh je masuk Universitas jadi Asisstant Professor. kalau korang nak tahu kerja-kerja di luar sana kebanyakanmya adalah hasil invention, researching yang di buat di Universitas. kalau nak kata Universitas tidak ada kaitan dengan industri, kita kena tanya balik dekat kerajaan negara masing-masing untuk apa Professor, Saintis bekerja didalam lab, habiskan masa mereka berpuluh tahun untuk untuk membangunkan teknologi, kalau kita kata Universitas itu tiada kaitan dengan Engineering Practice. Setuju ? Yela cumanya kita kena pastikan juga tempat yang kita pergi itu betul atau tidak ada melakukan perkara-perkara yang kita mahukan untuk memenuhi requirement kita berINTERNSHIP disitu.
pendapatan sebegini lebih wasatiyyah dan lebih pertengahan berkenaan isu boleh atau tidak internship di Universitas.


So position aku di sini adalah sebagai Research Assistant Lab dan juga sebagai Power System Simulation Lab Member yang mana kami ada beberapa projek yang sedang berjalan di sini yaitu :-

a) Eco Garden Automatic Water Sprinkler Powered by Solar Energy
b) Micro Grid as a Second Supply Energy  for Power System Simulation Lab

Figura 2 : Gambar di gate hadapan ITS. Kalau korang datang, jangan lupa ambil gambar di sini !

So korang dah tahu sebab apa abam datang sini. ada pulak member member cakap abam datang sini vacay. damn! giler apa vacay siap tak balik raya.!!!
Asal tak boleh balik pulak? balik jelaa..

oh okay tentu ada yang tak tahu berkenaan jenis VISA PELAJAR ke luar negara.

Berkenaan VISA PELAJAR, setahu aku terdapat 2 jenis VISA PELAJAR yaitu:-

a) Single Entry Visas
b) Multiple Entry Visas

Untuk Single Entry Visa selalunya ia untuk kegunaan pelajar untuk menetap kurang daripada 6Bulan dan anda hanya dibenarkan masuk  dan keluar hanya sekali sahaja. bermakna kalau 5 bulan latihan dan habis sahaja tempoh 5bulan itu barulah anda dibenarkan meninggalkan negara itu.

dan untuk Multiple Entry Visa ia untuk kegunaan lebih daripada 6bulan. bermakna anda di benarkan keluar dan masuk ke sesuatu negara dan pergi pulang ke negara anda tanpa ada had sekatan.

Namun kemungkinan sekatan had masa itu berubah-ubah bergantung kepada Undang-undang sesebuah negara

so, fahamlah kita bahawasanya abam bukan sesaja nak beraya di sini, ia melibatkan Undang-undang yang telah di tetapkan oleh Imigration Indonesia.

dah tak balik beraya apa benda nak buat. Jemm jugak sekejap pker nak buat apa pagi raya. HAHA
yela selalu makanan dah tersedia di atas meja makan sebelum pergi solat hari raya kan? haha serius weyy korang kalau beraya dekat peratauan nie selalunya kalau tanya budak budak nie apa benda yg dorang buat, jawapan yang sama jee pergi Embassy Malaysia atau makan sama sama kawan yang tak balik atau duduk depan laptop makan biskut sambil likes gambar orang berhari raya. yang ni wajib !! HAHA

tapi Alhamdulillah abang ada jugak benda yang menarik dibuat sempena hari raya antaranya:-

1) Hantar gambar dan ucapan salam perantauan di Facebook.

Figura 3 : Gambar kiriman salam perantauan di Facebook Salam Perantauan 2016


2) Makan Bersama-sama dengan kawan-kawan muslim daripada Negara Afrika seperti Tanzania, Uyanda, Kongo, Algeriam Nigeria dan dsbnya. Dorang siap tanya aku lagi, Fauzi how the Africa cuisine? dan ada jugak beberapa perkara yang mereka cerita dekat aku seperti masalah politik di most african coutry, bagaimana kekayaan negara mereka di cabul oleh tangan-tangan asing dsbnya.

3) Pergi Beraya di Rumah Pelajar Malaysia di Universitas Airlangga. Ini saat yang paling menyeronokkan kerana abam dapat makan makanan Malaysia selepas 1 bulan kot !! pergi mana-mana perangai malaysia dorang ni tetap tak hilang, perkataan S**L kat setiap hujung ayat memang menunjukkan kau memang malaysia. korang faham tak? tak faham suda.....HAHA... ok pada malam hari raya pulak dorang ajak tengok wayang cerita TARZAN, abam layankan jela HAHA

4) Dapat tangkap gambar kenang-kenangan di sekitar ITS. Campus abam sunyi sepi kot. Yela semua orang balik kan...Dalam istilah bahasa Indonesia balik kampung di panggil " MUDIK KE KAMPUNG ". so kalau kau sebut balik kampung dekat dorang, krik krik and sound weird jugak sebenarnyaa. so tanya dekat dorang Gak Mudik ke kampung ya mas? itu lebih nampak ke-Indonesiaan kau. HAHA


Figura 4 : Gambar tengah bersiap-siap nak pergi Persidangan Agung UMNO kali ke-59




Figura 5 : Gambar di hadapan Asrama Mahasiswa ITS. Abam duduk asrama je sebab murah sebulan 350k RP dalam seratus RM 100. 



Figura 6 : Aissh apasal SPEDA (bahas melayu basikal) abam nie kayuh kayuh kat tempat sama jee?! Ahhh tongkat tak turun kan !! HAHA




Figura 7 : Gambar di hadapan  Deparment Jurusan Teknik Elektro. Kasut sport spoiled , HAHA lantak kau la. bak kata kawan abam.. takpe, duduk dalam hutan kan sapa nak kisah ! kawan abam nie budak malaysia dkt jakarta. bandar la kataakan, so dia cakap surabaya nie kampung dan hutan. kuajaqqq !


Figura 8 :  Abam termenung menanti tulang rusuk kiri abam selama 26tahun yang tak berapa nak bergetar sgttttt muncul ! Cia cia cia HAHA



Figura 9 : Akhir kata selamat hari raya dan Maaf Zahir dan Batin . Semoga Allah terima amal kebaikan kita semua. Ameen


#SalamPerantauan2016
#Surabaya2016
#Internship
#InstitutTeknologiSepuluhNopember
#BudakMalaysiaDiSurabaya
#BudakMalaysiaDiITS
#PelajarMalaysiaDiITS
#PelajarMalaysiaDiIndonesia
#UniversitiKualaLumpurInternationalCollegeBMI
#BudakIcoleBMI2016
#ProudToBeMalaysia
#TanahTumpahnyaDarahku
#HidupBudakMalaysiaDiPerantauan2016

Mohd Fauzi Bin Mahmud
Surabaya
09 Julai 2016

fb : abu farisz alandalusi


Monday, 7 April 2014

Kerna mencintaimu. Akanku ikut sunnah nubuwahmu

BISMILLAH...

SAYANG NABI PERLU BELAJAR DAN MENGENALI NABI SAW


tiada siapa menafikan yang kita sayang pada nabi. pakcik makcik yg duduk-duduk minum kopi di kampung bila mendengar orang menghina nabi mereka akan bermati-matian mempertahankan. sayang mereka kepada nabi. selain kita mempertahankan nabi saw apakah tanda lain yg menunjukkan kita sayang kpd nabi saw. atau cukupkah hanya sekadar mempertahankan nabi saw??


contoh sayang yg sgt significant dan mudah utk kita faham. antara 2 "Abu" yg Sgt baik utk kita ambil contoh yaitu Abu Bakar dan Abu Talib. sila lihat pada interpitasi pada gambar dibawah. ringkasnya kalau kita sayang kita akan ikut nabi saw, bukan? begitulah tanda sayang yang menjamin ke syurga spt khalifah agung kita telah tunjukkan yakni Abu Bakar As-Sidiq radiallahu anhuma.



sejarah telah membuktikan kepada kita dan mengajarkan kepada kita manakah cinta dan sayang yang sebenar. Pilihan di tangan kita


kita takdpt peluang berjumpa nabi saw, mana kita nak tahu ibdah yg kita lakukan ini adakah bertepatan spt nabi ajarkan atau tidak. nabi dah wafat 1400tahun yg lalu namun. sume maklum.

namun setiap pesanannya tunjuk ajarnya alhamdulillah semua telah dirakam dibukukan didalam hadith, intai-intailah sikit kitab-kitab hadis kalau benar kita sayang padanya.

PERLUKAN SEDIKIT PENGORBANAN WANG


duit MARA,JPA kita simpan2 la sikit. kumpul sebulan 10ribu Won (rm 30) pun alhamdulillah. beli kitab hadith spt shahih buhari dan shahih muslim yg disahkan kesahihan hadith didalamnya oleh kebanyakan Para Ulama Hadith silam mahupun yg terkemudian. sememangnya kitab-kitab ini agak mahal, kerna ia mempunyai 10-15 jilid lebih kurang, harga di sekitar 100ribu- 300ribu Won (rm 700-900).hmm.. inilah pengorbanan kita sahabat-sahabat. kadang-kadang duit elaun kita habis di kedai DSLR, di kedai Handphone dsbnya. sggup kita berlapar utk tunggu lagi 3bulan utk masuk balik elaun. begitu tinggi pengorbanan kita pada benda yg kita sayang itu kan, begitu jugalah dalam nak beli kitab-kitab hadith ini bahkan perlu lebih daripada itu. kita nak kenal nabi kita, dan kita nak syafaat beliau esok di akhirat di telaga kausar. takkan sikit benar pengorbanan kita. sedang kita nak meraih syurga yang mahal. kita perlu bayar dngan harga yg mahal juga. pengorbanan harta,tenaga,masa yg setimpal!  





BAGAIMANA NAK MEMAHAMI KITAB TANPA GURU (BERTALAQI)


kalau takfaham huraian sesuatu hadith, seeloknya perlu bertalaqi kerna langsung boleh bertanya kalau ada permasalahan. sekiranya tidak, beli lah yg telah disyarahkan/dihuraikan oleh Ulama spt kitab fathul bari huraian kepada shahih bukhari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm, kitab syarah shahih muslim huraian kpd shahih muslim oleh Imam Nawawi rhm. alhamdulillah setiap permasalahan dalam memahami hadith mereka telah huraikan. methodologi dalam menulis kitab sgt mudah utk difahami. setiap bab akan dikumpulkan semua hadis yg berkaitan dan setiap perkataan arab yg sukar utk kita fahami maknanya telah diberi terjemahan yg mudah utk difahami. justeru, apalagi yg menghalang kita utk mengenal sunnah nubuwah (hadith) saw..??



kitab fathul bari karya Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm (wafat 852H)

Syarah Shahih Muslim karya Al-Imam Nawawi rhm (wafat 676H)


KENAPA KITAB HADITH KENAPA TAK YANG LAIN


hadith merupakan sumber kedua didalam islam, bahkan kita katakan tak mampu kita fahami quran tanpa huraian hadith. salah satu contoh yg common utk kita mudah faham spt tatacara bersolat, tatacara menunaikan haji. di dalam quran ia hanya diceritakan secara general sahaja. tuan-puan boleh semak sendiri. sebab itu kita tertanya-tanya kpd gerakan anti-hadith bagaimana mereka bersolat sedangkan mereka menolak hadith? bagaimana mereka tahu selepas rukuk perlu sujud dsbnya.


selain itu, kenapa kita memilih kitab hadith kerana apabila kita belajar hadith kita akan berjumpa dgn asal-usul kepada permasalahan fiqh (fekah) itu sendiri. kita didedahkan dari satu-satu hadith ini bagaimana para Ulama mengistinbat (mengeluarkan) sesuatu hukum. sya rasa kita sepakat berkenaan hal ini, sesuatu hukum sekiranya ada hadith yg jelas mengenainya tidak boleh Para Ulama membuat hukum selainnya kerna tugas para ulama itu hanya mewarisi ilmu daripada nabi saw bukan membuat sesuatu hukum yg baru.kita bukan minta utk berselisih dgn msyarakat, namum setelah kita belajar dari kitab hadith yakni sumber asal sesuatu hukum kita lihat banyak perkara yg dilakukan masyarakat seakan-akan kurang menepati sunnah nubuwah. demi Allah kita tak inginkan perkara ini berlaku. namun di sebabkan kita sayang kepada nabi, kita nak ikut baginda kita sanggup berbeza dgn org lain sebab kita yakin apa yg kita amalkan sama macam nabi saw spt didalam hadith.


MEMAHAMI QURAN DAN HADITH BERDASARKAN KEFAHAMAN SALAFUSOLEH (GENERASI TERAWAL, 300H YG PERTAMA)


permasalahan yg berlaku kini, terlampau banyak penafsiran didalam hal agama. dan setiap mereka mengaku mengikut quran dan hadis nabi saw. bahkan golongan syiah, sufi, tareqat dan firqah-firqah sesat yg lain pun mengaku mengikuti quran dan sunnah. justeru kita perlu mengenal apa yg dinamakan "MANHAJ". kita sebagai ahli sunnah mengakui di akhir zaman kita akan berpecah kepada 73 golongan hanya satu sahaja yg selamat. siapa golongan itu??


beliaulah jalan generasi para sahabat r.anhum atau lebih spesifik kita katakan jalan para salafusoleh. generasi ini spt mana telah dinyatakan didalam quran ke-authentikan mereka ini. Allah telah reda pada mereka juga telah reda pada Allah. sila rujuk terjemahan anda, Allah berfirman di dalam al-quran spt berikut:- 

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "muhajirin" dan "ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. [At-taubah 100]
Bahkan didalam hadis juga dinyatakan berpegang kpd jalan para sahabat r.anhum, sabda baginda saw:-
Sesungguhnya sesiapa yang hidup dikalangan kamu, maka dia akan melihat percanggahan yang banyak. Oleh itu hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah berpetunjuk yang di beri hidayah selepasku,gigitlah ia dengan gigi geraham. Hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diadakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan adalah bidaah. 
[HR: Ahmad (4/127-128), Abu Daud (4607), At-tirmidzi (2676)] 
sabda nabi saw lagi:- 
Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku (zaman nabi dan para sahabat), kemudian pada kurun yang mengikutinya (zaman tabi'in), kemudian pada kurun yang mengikutinya (at'ba-tabi'in). 
[HR: Ahmad, Bukhari, Muslim. "Hadis Shahih" Lihat Sahih Bukhari (3650)
mudah cerita. kita katakan pemahaman/penafsiran dalam agama, quran mahupun hadith pemahaman salafusoleh sja yg kita yakin kerna apa?? ia telah dijelaskan oleh quran dan hadith. adapun selain daripadanya tiada jaminan dari Allah SWT. maka kita katakan berselisihan kita dalam agama, kembalilah kita balik merujuk kepada quran dan hadith berdasarkan kefahaman salafusoleh. inilah dinamakan manhaj. sekiranya metoda ini dapat diterapkan didalam masyarakat kekeliruan dalam beragama dapat dielakkan disebabkan banyaknya tafsiran kpd agama yg tersasar . InsyaAllah.  

akhir kata, saya memohon kalau ada penafsiran dan ralat padanya diminta utk dijawab semula dengan catitan ilmiah atau diperbetulkan melalui komentar dibawah samada diketika hidup dan selepas matinya saya.

Waallahu a'lam

mohd fauzi mahmud
fb:fawzeemahmud
__________________________________________________________________________________________

Bibliogafi:-

Al-Quran Al-Karim
  ^^surah at-taubah ayat 100
Al-hadith 
  ^^shahih bukhari, shahih muslim, kutub sitta.
Syarhus Sunnah
  ^^Al-Imam Barbahariy, tahqiq Abdurrahman Ahmad Al-jumaizi. Pustaka Imam Ad-Dzahabi
Manhaj Talaqi Wal-Isti'dal
  ^^Ahmad Bin Abd Ar-Rahman As-Suwayyan  








Thursday, 3 April 2014

Homeless. Our Heart be With you

Homeless Program 

still playing around in my mind, what the good is that.! Alhamdulillah. All praise to Almighty God help us to recognise one event in order to give a little help for the lovely homeless.

I would thinks about this where when I take a walked around the some streets in Kuala Lumpur. Suddenly there are a few peoples ransack the trash-bin then ate somethings that we dont know its still okay or contaminated.
Past event has been succeeded. Homeless 1.0 on February 2014 

from that moment I was thinking how could everyday we enjoy to eat various things of food such a delicious and expensive ones at the same time there are so many people just keep food to survive they life. what the pity is this!.
 volunteers are preparing food and beverage for homeless 1.0

so we planning to make one event and diciding every single month to distribute food for homeless once a month at least.



Homeless 2.0 has been done on earlier march 2014


volunteers for homeless 2.0
finally, what we've did hopefully can put a little support for homeless strive to seek a better life in further. Yeah I know It still early to put a full hoping to them, at least it can give enthuasiasm to them, there still have a people concern to them. In my opinion, for our lovely federal government for sure we need to pay more attentions for this matter. How can we make a claim we are good country but our attitude and manner not reach to the some good level too.?. hmm.. This just our an opinion and experienced since I've been in South Korea for the couples of years. We saw that eventhough they a good country but still they never missed to emphasized the respest to the people who more older themselves. They're very concern to the people such a homeless, poor people. How manner they have?,.. what we've been doing from this event is equavalent obejecttive like them to spreads and imparts the good manner and attract the attention people outside about this group poor of people.

TQ
Assalamualaikum
Mohd Fauzi Bin Mahmud
fb: fawzeemahmud          



Thursday, 27 March 2014

Korea. Sedikit coretan tentang rehlahku

Coretan diriku
Dihadapan International Student Building of Semyung University
Almost setahun sudah berlalu anak bongsu dari empat orang ini berada di negara sonata. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. terima kasih Ya Allah beri peluang untukku menjejakkan kaki disini. Throwback 5bulan dulu masa mula-mula sampai. masyaallah kelakar betul. kelakar tengok diri ini. obvious excited. culture shock la agaknya. by the way takda apa yang mampu aku katakan cuma Subhanaallah yg mampu diucapkan Maha Suci Allah sebab beri peluang

8bulan telah berlalu pejam celik now this aku da jadi 선배 sekarang. ^__^
berselisih dengan 후배 patut-patut kena "bow" kalau ikut culture korea. hehe
tapi takpa 선배 sorang ini very spotting , panggil nama sahaja sudah memadai. Tengok pada raut muka junior masing-masing sgt seronok dapat sampai "Overseas". hehe. Dulu perasaan itu jugalah senior awk ini rasa, bermonolog aku sendiri sambil tersenyum melihat gelagat mereka

Sebagai seorang "Senior" sudah memang menjadi tanggungjawab aku menunjukkan kepada mereka serba sedikit cara-cara bagaimana hendak "survive" di negara orang. Basic DO's and DONT's sebagai seorang muslimin/muslimah di negara majoriti non-muslim.

sedang berjalan-jalan bersama junior di Ibu kota Korea iaitu Seoul di Itaewon lokasi dimana ramai muslim di kawasan ini. disini juga kita dapat bertemu satu-satunya masjid di seoul iaitu  Central of Itaewon Mosque

gambar di hadapan Central of Itaewon Mosque

Sebenarnya takda apa yang perlu dibanggakan belajar overseas. masuk kelas. balik kelas. exam. dapat result. rencah sebagai seorang mahasiswa. biasalah mgkin sedikit extravaganza pada bahasa, dan sedikit budaya dan pengalaman kot?? yang menjadi nilai tambah sebagai graduan luar negara. sedarilah ia bukan "seronok sangat seperti anda di luar sana sangkakan" sebab aku tak minat bahasa!!(hahaha) memang aku hentam ja la belajar. tapiiiiiii!!! tak power-power aku bahasa jap, sat ge aku try nak buat sentences korea yang mudah-mudah. I'll show you all how good my korean. hehe

소개
안녕하십니까.
천 파우지 입니다. 말레시아 에서 왔습니다. 스물넷 입니다. 세명대학교 입니다

(Self_Introduction
Annyong hasimnika.
Nama saya Fauzi. Berasal dari Malaysia. Berusia 24tahun. Sedang belajar di Semyung University)



Korea dimataku

masa mula-mula sampai korea benda apa yg pertama aku survey ialah betul ke orang korea mostly ATHEIS. sebenarnya ia memang benar. walaupun di lihat banyak church kristian namun sememangnya mereka kurang berminat dengan ugama. namun, walaupun dikatakan ATHEIS terdapat juga beberapa kepercayaan yg sebenarnya atheis ini spt mana yg kita tahu mereka suka berinteraksi dengan logika akal semata-mata dalam menentukan satu itu baik atau buruk, mereka perlu persoalkan juga dalam hal kepercayaan ini. antaranya mereka juga mempercayai sial-sial ini seperti kuasa roh jahat, angka 4, hadiahkan sabun serbuk kepada mereka yg baru berkahwin agar cepat kaya kerana buih sabun yg membuak-buak itu di qiaskan kpd duit mereka semakin bertambah. pelik tak? kata atheis pandai guna logik akal?? tapi dalam hal ini mereka bertaqlid buta kpd perkara karut ini.
gambar semasa menjadi volunteer event Islam Saranghaeyo 2.0 di sekitar Seoul bertujuan memberi sedikit pemahaman tentang Islam kepada warga Korea 

tidak kita sebagai seorang islam. kita beriman apa yang Allah dan rasul saw. berkenaan rezeki/jodoh/mati kita suma telah di tentukan dan mana kita sbg muslim perlu berusaha/ikthiar untuk mendapatkannya

mereka ini juga mempunyai tabiat hormat yg melampau2. aku penah di panggil oleh seorang staff yg menjaga kebajikan asrama kami di sini. sebab kena panggil sebab aku tak "bow" masa berselisih dengan dia. ceritanya adalah bermula kerana aku terkejar-kejar ketika kelas pagi dengan lambatnya cuaca pulak boleh tahan sejuk mana nak perasan selisih dgn dia. haha. aku gelak je dia marah depan2 muka aku sebab bukan aku paham pun dia cakap apa. hehehe. point dia adalah sebelum anda belajar di korea kena biasakan belajar hormat orang dia dulu. tak perlu terlalu tunduk untuk nak hormat, cukup sekadar isyarat menganggukkan kepala sudah memadai. kerana islam melarang tunduk hormat yg melampau kepada manusia walaupun dengan alasan "hormat". 

Budaya "Palli-Palli"

gambar di Subway station (지하철 역)
gambar penulis di depan main gate semyung university
kalau buat kerja tak cepat-cepat itu bukan orang korea namanya. maksud "palli-palli" itu sendiri adalah "cepat-cepat". hehe. aku ada satu cerita yg agak kelakar tapi aku rasa ada nilai yang baik untuk di kongsikan. mereka ni kalu buat kerja memang sgt pantas. pernah satu masa dulu. inilah rutin aku sebagai seorang yg suka mencari ketenangan keseorangan. rutin aku setiap minggu adalah dengan membuat rondaan di pusat bandaraya korea iaitu Seoul. ada satu ketika sampai di perhentian bas gangbyeon (dong-seoul bus station) jenuh aku menahan nak terkucil. hehe. dengan pantas aku mencari toilet utk melepaskan hajat. tengok-tengok pulak, ahjumma tengah cuci toilet. aku pulak dah tak tahan, nak masuk ke tak ni. arhh!! masuk jewla. masuk toilet tak sampai seminit ahjumma da ketuk pintu suruh cepat. haha. aku buat "dunno" jewla sbb belum habis qada hajat. tengok-tengok dia buat apa..haha.. sekali die punya Mop jolok ikut bawah pintu la. adoii. ahjuma klu ye pun nak cuci tunggu la aku keluar dulu. begitulah sikap mereka orang korea ni. kita orang melayu ni sudah terbiasa rileks-rileks buat kerja so datang sini agak "annoying" jugakla at first. from time to time we strive to learned and adapted their culture and at last we've succeeded for it^^





Saturday, 26 January 2013

KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA (MARA)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan. Disini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Mohd Fauzi Bin Mahmud. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Mac 1990. Anak bongsu daripada 4 beradik. Menetap di Klang, Selangor pada masa kini. Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebagsaan Puchong Perdana. Ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik Setapak untuk menengah atas dan menamatkan SPM dengan memperolehi keputusan yang tidak berapa baik. Menyambung pengajian pada tahap sijil di IKM Sik, Kedah. Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap sijil dengan memperolehi Anugerah Dekan.

Walaupun sedikit lambat untuk mendapat peluang memasuki universiti, dengan izin Allah di tawarkan juga menyambung pelajaran di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute pada peringkat diploma. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Pihak Mara kerana mengambil kami pelajar-pelajar yang tercicir ini juga memberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Berjaya menamatkan pengajian pada tahap diploma dengan grade CGPA 3 pointer. Sekali lagi dengan kerjasama antara UniKL BMI dan Semyung Universiti melalui program ACE Global Partial Schorlarship saya dan seorang lagi sahabat terpilih untuk membuat ijazah pertama disana dalam ‘Engineering Electronics’.

Sebelum ini saya pernah menulis karangan seperti ini pada zaman diploma dahulu, kerana ini merupakan salah satu syarat untuk memohon pinjaman MARA. Seingat saya, di karangan itu saya nyatakan hasrat untuk menyambut pengajian pada peringkat sarjana di luar negara dan hari ini ianya telah menjadi kenyataan. Disaat ramai lagi pelajar-pelajar yang pandai diluar sana tapi saya antaranya yang dipilih. Ini merupakan satu rahmat dari Allah dan saya amat tersentuh ketika ini dek kerana memikirkan kenapa Allah pilih saya? saya selalu bermolog sendiri siapalah diri aku ini, terlalu lemah dan hina disisi DIA. Ramai lagi yang lebih berilmu di luar sana. Benda ini selalu bermain diminda saya. Di kesempatan peluang ini datang mungkin ada hikmah untuk agama,negara,bangsa hatta kepada MARA umpamanya, saya terus bersetuju dengan tawaran untuk ke sana. Saya selalu menasihatkan diri agar menjadikan ilmu ini sebagai satu ibadah bukan ia digunakan di atas kertas peperiksaan semata-mata selepas daripada itu hilang, lupa dan seumpamanya. Sekiranya itulah yang berlaku ia bukan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat. Justeru itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya
.
Mengenai perihal kerjaya berkemungkinan saya akan cuba mengakses peluang untuk bekerja di luar negara. Di kesempatan latihan industri yang di jalankan selalunya pada semester akhir, saya akan cuba untuk memberikan prestasi yang terbaik untuk mereka nilai justeru menawarkan saya bekerja di syarikat mereka, Samsung umpamanya. Itu perancangan awal, mungkin ia akan berubah mengikut kondisi keadaan saya ketika itu. Mudah-mudahan saya di kurniakan kesihatan dan kekuatan juga untuk menyampaikan dan menerangkan Islam di negara majoriti non-muslim ini. Pena terhenti seketika disini sekiranya mendapat peluang untuk membuat karangan ini saya akan berkongsi lagi. Mohon maaf kepada mereka si pembaca sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati sanubari,Sekian.

Terima kasih.

(MOHD FAUZIMAHMUD)

Sunday, 26 August 2012

OH MY DUGAAN!! BETAPA INSAN TAK DAPAT LARI DARI BENDA INI WALAUPUN DIA BERLARI SEPANTAS "USAIN BOLT"

ape cerite nie bro. haha. tak dew pew. alhamdulillah adelah dugaan sikit. 

tapi bro chill jew. like your style ~ alhamdulillah. dugaan salah satu kafaroh dosa. so, be positive la. 

tak phmla, ape bro ckp nie. selalu owg ade prob mesti merapu/ meraban/ marhaban/ ntah ape2 lgi.. tapi bro relaks mcm dekat komplekz jer. hehe. kite nie insan. psg surut dugaan datang. ape mampu kite buat. adepun care tue kene smooth utk solve bnde nie..

tapi bro mmg maintance la. alhamdulillah. dalam umo2 nak meningkat nie banyak la dugaan. darh name pon "pening"katan mesti "pening" sikit. tapi kan sebenarnye dalam dugaan nie la kite belajar bagaimana kemustajaban doa kpd Sang Pecipta. selalunye tgkla cmnew kite berdoa, kalo solat berjemaah tue, jadik abang amin jew kat bakunk. taw2 blik.

nak simpulkan dari cerite nie. oke dugaan dari Allah kpd manusia menjadikan manusia itu memperbaiki dirinya, adelah silap kat mane2 tue. muhasabah la byk especially owg yg berckp nie. oke yg kedua nye korang cube lah be positive. masalah itu akan berlalu dan pegi meninggalkan kite. betape nikmatnye bile kite dapat bersabar seketika. 

cube muhasabah diri kite berapa kali kite dpt nikmat dari kite d uji. kalo tanye aku. bnyk nikmat Allah bagi n boleh kiree bape kali je dugaan. so, bersabarlah la ea. pujukla diri kite supaya bersabar.

bro ckp sng2 la sabar2!! mmg la susah. da kate nak syurga?? ingat free2 ker Allah nak bg.. 

sekadar perkongsian. yg mane bermanfaat ambillah, sekiranya tidak maka aku memohon kemaafan. 



pena terhenti disini dahulu.. 


Wednesday, 22 August 2012

RAYA MEREKA MERIAH, RAYAKU SEMBAM DEK MEMIKIRKAN MASALAHKU

ape cerita nie Mr admin punyer raye? so far, alhamdulillah. oke. besederhana. tak terlalu melampau. Mr admin balik kg ker? Alhamdulillah sye balik kg di Perak. 

ape related dengan tajuk "RAYA MEREKA MERIAH, RAYAKU SEMBAM DEK MEMIKIRKAN MASALAHKU" . oke pade suatu hari, eceh eceh.  gedik plak. sebenarnya aku cuba mencari penyelesaian bagaimana utk aku cuba mengelak dari bersalam dengan sepupu n makcik2 yang tak thabit. jenuh aku memikir.

bende ini sekian lame dan mudah aku katekan telah menjadi kebiasaan. secara hukumnya tetap berdosa. kebiasaan tidak boleh mengubah hukum haram kpd harus makruh or sunat walaupun d sana ada pandangan ulama'. namun di sana dalil hadis dan nas quran sgt jelas. so no point la nak takwil2 lg. 

so aku mencari the best way utk solve bnde ni. ape yang aku perlu lakukan? aku perlu memikirkan jalan penyelesaian di mana ia berlandaskan hikmah dlm menegur dan memberikan impact pelajaran pde si dia yang di tegur..

so terkeluarlah idea seperti berikut:

1) (sambil melemparkan senyuman) makcik kite kalo nak salam makcik kene simen tgn makcik (mcm owg patah tgn tue) n then baru kite boleh bersalam.

2) takpon kalo ade sepupu aku yang dtg beraya, aku da usha dari jauh. ok die nie kaki salam. so aku akan nyorok siap2 or pegilah kotorkan tgn pgg la rantai motor ke ape ker. so bile dia dtg aku ckp tak yah lah salam tgn kotor..

3) takpon dalam situasi laen aku ajak dorang berhujah, ha yg nie spesies degil dan ketegaq. tapi kalo bg dalil pon dorang payah nak fhm. aku kena bekalkan hujah yg bermain logik akal. ha. oke cmnie kite bersalaman nie utk ape? mesti die akan ckp bermaafan2 la. oke die da masuk perangkap. oke ape makne kemaafan yg ko phm? ha mintak ampun dosa kalo terlanjur kate terguris dsb. da tue ko mase ramadan ari tue beriya ko nanges2 bagai mintak ampun kat Allah dari dosa patue syawal buat balek dosa. (k2 aku insaf). 

4) the last one is. biarlah aku berterus terang. wat pe yang aku  fikirkan utk menjaga hati manusia. hukum Allah menjadi keutamaan. so kalau haram cakap haram. oke kite xbleh salam. haram. settle~.

oke. kesimpulannya cubalah sedaya upaya kita menegakkan kebenaran walaupun ia pahit. berbantulah kita dalam melakukan kebaikan dan jangan jika berbantu dalam melakukan kemungkaran kelak setiap perkara yg kite lakukan akan di tanya di mahkamah Allah esok.

Ya Allah ampunilah kesilapan kami, pimpinlah kami ke jalan yang Kau redhoi.. Ameen.

Komentar

Past Stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...