Saturday 26 January 2013

KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA (MARA)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan. Disini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Mohd Fauzi Bin Mahmud. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Mac 1990. Anak bongsu daripada 4 beradik. Menetap di Klang, Selangor pada masa kini. Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebagsaan Puchong Perdana. Ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik Setapak untuk menengah atas dan menamatkan SPM dengan memperolehi keputusan yang tidak berapa baik. Menyambung pengajian pada tahap sijil di IKM Sik, Kedah. Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap sijil dengan memperolehi Anugerah Dekan.

Walaupun sedikit lambat untuk mendapat peluang memasuki universiti, dengan izin Allah di tawarkan juga menyambung pelajaran di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute pada peringkat diploma. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Pihak Mara kerana mengambil kami pelajar-pelajar yang tercicir ini juga memberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Berjaya menamatkan pengajian pada tahap diploma dengan grade CGPA 3 pointer. Sekali lagi dengan kerjasama antara UniKL BMI dan Semyung Universiti melalui program ACE Global Partial Schorlarship saya dan seorang lagi sahabat terpilih untuk membuat ijazah pertama disana dalam ‘Engineering Electronics’.

Sebelum ini saya pernah menulis karangan seperti ini pada zaman diploma dahulu, kerana ini merupakan salah satu syarat untuk memohon pinjaman MARA. Seingat saya, di karangan itu saya nyatakan hasrat untuk menyambut pengajian pada peringkat sarjana di luar negara dan hari ini ianya telah menjadi kenyataan. Disaat ramai lagi pelajar-pelajar yang pandai diluar sana tapi saya antaranya yang dipilih. Ini merupakan satu rahmat dari Allah dan saya amat tersentuh ketika ini dek kerana memikirkan kenapa Allah pilih saya? saya selalu bermolog sendiri siapalah diri aku ini, terlalu lemah dan hina disisi DIA. Ramai lagi yang lebih berilmu di luar sana. Benda ini selalu bermain diminda saya. Di kesempatan peluang ini datang mungkin ada hikmah untuk agama,negara,bangsa hatta kepada MARA umpamanya, saya terus bersetuju dengan tawaran untuk ke sana. Saya selalu menasihatkan diri agar menjadikan ilmu ini sebagai satu ibadah bukan ia digunakan di atas kertas peperiksaan semata-mata selepas daripada itu hilang, lupa dan seumpamanya. Sekiranya itulah yang berlaku ia bukan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat. Justeru itu saya memohon jasa baik dari pihak MARA untuk meluluskan pinjaman saya
.
Mengenai perihal kerjaya berkemungkinan saya akan cuba mengakses peluang untuk bekerja di luar negara. Di kesempatan latihan industri yang di jalankan selalunya pada semester akhir, saya akan cuba untuk memberikan prestasi yang terbaik untuk mereka nilai justeru menawarkan saya bekerja di syarikat mereka, Samsung umpamanya. Itu perancangan awal, mungkin ia akan berubah mengikut kondisi keadaan saya ketika itu. Mudah-mudahan saya di kurniakan kesihatan dan kekuatan juga untuk menyampaikan dan menerangkan Islam di negara majoriti non-muslim ini. Pena terhenti seketika disini sekiranya mendapat peluang untuk membuat karangan ini saya akan berkongsi lagi. Mohon maaf kepada mereka si pembaca sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati sanubari,Sekian.

Terima kasih.

(MOHD FAUZIMAHMUD)

3 comments:

  1. salam... bley tnye... karangan nie cukop 300 p/p tak...

    ReplyDelete
  2. lebih ni.. check dkt http://www.wordcountertool.com/ mintak 300 pp je..

    ReplyDelete
  3. babelyliss pro titanium flat iron - Tioga Arts
    › babelyliss-pro-titanium-et › babelyliss-pro-titanium-et This piece is a perfect garmin fenix 6x pro solar titanium finishing titanium white wheels tool and a reliable replacement for the original kabylon titanium flash mica model. The material used for the razor is solid surgical steel vs titanium and smooth with  Materials: titanium helix earrings ABS, Ceramic Blades, Grams, Size: 2.75" H x 2.25" W x 1.75" W

    ReplyDelete

Komentar

Past Stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...